Mandi manda di jeram Gunung Ledang.
Sabtu, 01 September 2012. hari ini masih
cuti, bebudak pula semua ada. Apa lagi pakat2lah nak ke gunung ledang.
Sepatutnya 02hb sept, hari Ahad baru pergi ke Muar tu, sebab jemputan kenduri
Cik Atan pada hari Ahad. Oleh kerana perkara ini tidak dapat di elakkan, jadi
kami terpaksa pergi pada hari Sabtu sahaja. Jadi bolehlah menyelam sambil minum
air. 2 perkara di lakukan dalam masa yang sama.
Seawal jam 8.45pg kami sudah mula bergerak
menuju ke gunung ledang. Rasa hati was2 dan ragu2 juga kalau tersalah jalan.
Alhamdulillah, pukul 11.30 pagi kami sampai dengan selamatnya. Sebaik sampai
perut pun lapar, apa lagi buka sajalah bekalan yang di bawa. Kami pun makan
dahulu sebelum mandi manda. Sejuknya lah air gunung, amat menyegarkan seluruh
badan. Lebih 2 jam kami mandi di situ.
Pukul 3.00ptg kami mula meninggalkan gunung
ledang menuju ke parit Kasan pula. Setelah masuk jalan di situ ada keliru juga,
ye lah tersalah simpang, baik tak jauh sesatnya. Alhamdulillah akhirnya jumpa
juga rumah pak Cik Atan. Hari ini baru bermula diaorang rewang, besok
kenduri yang sebenarnya. Tapi bukan
makan kenduri yang kami utamakan, sebenarnya perhubungan kekeluargaan itu lebih
bermakna. Tak salah kita datang lebih awal. Rasanya itu lebih mesra berbual
bual dalam keadaan orang yang masih belum begitu ramai. Kami mula meninggalkan
parit kasan kira2 jam 5.30 petang. Alhamdulillah, selamat segalanya.