Selasa, 24 Julai 2012

Giliran isteri mendapat durian runtuh.



    Selasa, 24 Julai 2012. bersamaan 4 ramadhan hari ini baru giliran isteri2 peneroka pula menerima cek durian runtuh dari Felda. Bagus juga di bagi sekarang, boleh beli pakaian atau apa apa untuk keperluan hari raya. Kalau di bagi awal awal dulu, munkin juga ada yang dah habis duitnya. Al maklumlah duit senang dapat, senang juga menghabiskannya. Tapi tak semua gitu, ada juga yang beringat macam aku nih haa. Masukkan dalam tabung haji, masuk dalam bank, 20% je lah untuk belanja, tu pun beli mana yang penting saja. Jangan beli yang bukan2 atau perkara yang tidak berfaedah. Kalau dah terdesak untuk belanja harian atau apa apa yang penting nanti, kita juga yang senang, boleh jolok jee kad pada bank tersebut.
     Aku rasa perangai isteri aku pun sama juga gitu. Insyaallah kalau tak apa apa esok jee lah tunaikan cek itu kat Maybank, kemudian terus masukkan semula ke bank lain. Pada aku kalau dah itu hak dia, kenapa aku nak mintak2 pula. Itu hak dia terpulanglah kemana dia hendak menyimpan atau membelanjakannya. Aku hanya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Felda yang memberi sumbangan seadil adilnya. Esok2 sekali lagi untuk anak anak pula. Alhamdulillah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan