Sabtu, 28 Julai 2012

Anak2 ajak emaknya shoping baju raya.



    Sabtu, 28 Julai 2012. malam tadi anak2 balik. Cuma sorang yang bujang tu tak dapat balik, ada shoting katanya. Tak pee lah minggu lepas baru dia balik. Pagi tadi emak dia ke surau, biasalah bulan ramadan ni untuk tadarus khatam quran. Bukan main risau bebudak nih, kenapa lambat sangat ibunya balik. Anak2 tu nak mengajak ibunya ke Bahau, shoping baju dan keperluan raya. Ye lah bebudak tau je la, ibu dia baru dapat durian runtuh, tu yang diaorang kecek tuh. Pukul 11 pagi tadi baru mereka bergerak, satu kereta padat. Aku sorang je tinggal kat rumah. Sampai sekarang ni haa, dah jam 4.45pm belum lagi balik. Tadi ibunya ada antar sms, katanya lepak kat masjid india Bahau je dulu. Balik karang malas nak masak, nak singgah kat Bazar, beli saja juadah dah siap kat bazar ramadan BSJ. OK lah kalau gitu, tak la risau aku yang tunggu sorang kat rumah nih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan