Rabu, 01 Ogos 2012. hari ini bersamaan 12
Ramadhan 1433. ini bermakna sudah masuk hari ke 12 kita berpuasa.
Alhamdulillah, masih di panjangkan usia kita, masih di beri kesempatan untuk
hidup di dunia ini, masih di beri kenikmatan yang sementara. Syukur sesangat
syukur ke hadrat Allah swt. Puasa tahun ni pun aku rasa ok saja, dapat
menghadapinya dengan tenang, aman dan gembira. Dapat mentadarus Al quran dan
dapat mengerjakan solat Tarawih serta witir di malam hari.
Hari ini pihak masjid akan mengadakan
majlis berbuka puasa beramai ramai di masjid. Jadi kena datanglah sebelum waktu
berbuka. Selepas berbuka bolehlah terus magrib berjemaah, seterusnya Isyak dan
tarawih. Tabung masjid pun dah banyak duitnya. Apa salahnya sesekali buat
jamuan untuk berbuka puasa beramai ramai. Seronok juga. Tidaklah semestinya nak
tunggu YB datang beri sumbangan baru nak buat majlis berbuka puasa. Kita ada
duit sendiri kita buat ramai ramai, seronok juga. Semuga majlis ini akan
berjalan dengan lancarnya nanti. Amin ya rabbal alamin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan