Sabtu, 7 Julai 2012

Sambutan hari Peneroka & Perasmian Menara Felda.


Sambutan hari Peneroka & Perasmian Menara Felda.
    Sabtu, 07 Julai 2012. dari jam 12.30 tengahari lagi rombongan kami bertolak arah ke Kuala Lumpur. Sebanyak 5 buah bas dari SHK ini, sebuah bas khas untuk SH04. rehat di hentian Seremban. Sampai di lokasi kira2 jam 5.00 petang. Tersangatlah ramainya orang (peneroka/wati) dari seluruh negara. Agaknya mau 50,000 orang, macam kat Jengka 8 dulu lah masa pengumuman durian runtuh. Bila dah terlalu ramai tu, maka kawan2 pun entah kemana lesap, hilang dalam gelombang manusia. Apa lagi aku kesana kemari sajalah tanpa orang yang kenal di sisi. Sewaktu magrib tiba sempatlah berjemaah di masjid berhampiran di situ. Selepas magrib, aku pergi merayau lagi mencari kedai makan. Alhamdulillah ada juga kat bawah berhampiran menara kembar petronas.

   Jam 8.45 malam majlis bermula dan di ikuti dengan ucapan PM kita bagi meresmikan hari PENEROKA serentak meresmikan pembukaan bangunan Menara FELDA setinggi 50 tingkat. Di akhir kemuncaknya percikan bunga api yang begitu indah di lepaskan dari menara Felda tersebut. Begitu riuhnya laungan peneroka meraikannya. Sampailah kepada pengumuman Rancangan Felda terbaik dan lain lainya di umumkan. Kali ini Felda Nitar Johor menjadi johan untuk mendapat hadiah RM 1 juta. Tahniah lah di ucapkan. Sewaktu PM masuk ke menara Felda, kami pun beransur balik. Alhamdulillah.... selamat sampai kerumah pada jam 2.45 pagi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan