Jumaat, 27 Julai 2012

Isteri tunaikan cek durian runtuh.



    Khamis, 26 Julai 2012. pukul 10.00 pagi ini kami ke pekan Bahau. Sebaik sampai bini aku terus ke Maybank dan aku cari parking kereta kemudian terus ke kedai ansyurance untuk mengambil roadtax & insyurance kereta. Kemudian aku pun ikut tunggu di Maybank, baik juga orang tidak terlalu ramai, pegawai2 bank pun cekap bekerja maka tidaklah terlalu lama menunggu. Sebaik dapat duitnya aku langsung tidak menyentuh pun duitnya, aku biarkan saja kemana bini aku hendak membawa duit itu. Aku ikutkan saja. Kemudian kami terus keluar dan menuju ke Tabung Haji. Sempat juga aku isikan borang nak masukkan berapa jumlahnya. Selesai di tabung haji, dia kata nak pergi ke kedai emas, aku ye kan saja. Aku tanya lagi lepas tu kemana, katanya ke bank rakyat. Aku pun arahkan bini aku berjalan kaki saja ke sana, aku nak mengambil kereta dan menunggu di depan bank rakyat.
    Selepas keluar dari bank rakyat, ku tanya lagi nak kemana pula. Ke Econsave katanya. Aku pun ikutkan saja. Aku biarkan saja apa yang hendak di belinya. Tak de lain Cuma barang dapur sahaja. Dah keluar aku tanya lagi nak kemana lagi. Balik jee lah, singgah kat 1 Bahau kejap. OK lah kata ku. Sampai di 1 Bahau capailah beberapa barang keperluan dan ketika nak bayar dia suruh aku pula yang bayar. Kenapa kata ku, dia kata duitnya dah nak habis. Ha haa haaa.. kami pun balik Cuma singgah isi minyak di BSJ. Alhamdulillah... selamat sudah menunaikan cek dan selamat sampai balik ke rumah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan