Jumaat, 03 Ogos 2012. hari ini tamat
tempoh lesen memandu aku. Sebenarnya semalam lagi aku sudah membayar untuk
menyambungnya lagi di pejabat JPJ Bandar Seri Jempol. Tapi kali ini lain sikit.
Tarikh mati di samakan dengan tarikh ulang tahun kelahiran kita. Senang lah nak
mengingatnya. Baik juga apa yang dibuat oleh JPJ nih. Oleh kerana dibuat
penyelarasan begini maka bayaran tambahan di kenakan sebanyak RM15.00. jadi
jumlah yang perlu dibayar RM45.00. Tapi tak pe jugak masih lagi untung, sebab
tarikh mati lesen aku pada 10 Jun 2014. ini bermakna 1 tahun 10 bulan lagi. OK
lah tu. Harap2 selepas penyelarasan ini di buat tidak ada lagi rakyat yang
terlupa bila lesennya mati. Itulah sebenarnya kendak JPJ dan kerajaan
Malaysia kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan