Khamis, 02 Ogos 2012. petang ni juga aku
sekeluarga agak terperanjat di datangi 2 orang yang tidak dikenali. Dia cakap
nak potong api. Buat suspen saja. Lepas tu baru dia cakap lagi, potong kejap
jee, nak ganti meter katanya. Ohhhh kata ku, gantilah, memang dah rosak pun
meter tu agaknya, sebab 2 bulan lepas tak de kena bayar bil. Penggunaan di
bawah rm20.00. padahal kita guna macam biasa saja. Biasanya tidak kurang
rm45.00 sebulan. Ni dah ganti meter, tau lah. Kata orang meter baru ni lebih
laju dari yang lama. Kita tengok sajalah dulu. Pada rasa aku tak kan meter tu
di buat tidak mengikut piawaaian, mestilah dia buat betul2 untuk ketepatan
mengira penggunaan bil bulanan kita. Diaorang ni saja, ialah dah biasa bayar
sikit atau tak kena bayar sebab meter rosak, sekali dah di ganti baru, haa baru
tau, banyak pulak kena bayar bil. Tak pee lah. Kita yang guna. Pandai2 lah.
Jangan asyik nak salahkan orang lain jee. Bersyukurlah dengan apa yang kita
ada. Kita harus tau, banyak barang atau perkakas letrek kita, banyaklah sikit
kita kena bayar. Semuanya adalah untuk kemudahan dan kesenangan kita juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan