Ahad, 29 Julai 2012

Nasi Ambeng menu berbuka hari ini.



    Ahad, 29 Julai 2012. hari ini sudah hari ke 9 umat islam berpuasa di bulan Ramadan. Alhamdulillah, sehat rasa puasa tahun ini, dapat menunaikan tarawih dan dapat tadarus AlQuran. Harap harap dapatlah penuh untuk puasa sebulan ini.
    Tentang menu berbuka hari ini cadangnya Nasi Ambeng. Entahlah sebelum ni pun bini aku bukannya pernah pun buat nasi ambeng. Nak cuba la tu. Rasa nya sama je kot dengan masak nasi cara biasa. Cuma lauknya je tu yang berbeza cara memasaknya. Resepinya ada, ikut jee lah. Tak kisahlah pada aku asal boleh di makan, bolehlah tekak aku menerimanya. Aku ni bukannya jenis orang yang memilih dalam bab makanan ni. Apa saja semua boleh. Tapi kalau bini aku yang masak pasti sedap dan selera. Ni kan pula anak2 masih belum balik, bolehlah makan berbuka bersama dulu sebelum balik. Kari kambing lepas kenduri 2 minggu lepas pun ada lagi, bolehlah di panaskan untuk buat kuah makan. Nasi ambeng ni tak berkuah, susah sikit aku nak makan. Selain itu ada juga buat kuih sagu mata ikan. Airnya pula sarsi cincau ais dan air bandung. Fuhh... memang best berbuka petang nih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan