Khamis, 19 Julai 2012

Bayar Roadtak & Insyurance kereta.



    Khamis, 19 Julai 2012. pukul 7.20 pagi ini aku dan isteri sudah mula keluar menuju ke Kuala Pilah. Tujuan utamanya ialah untuk pemereksaan dari doktor pakar masalah tangan yang di buat pembedahan tempohari. Alhamdulillah, dah OK kata doktor, tak perlu datang lagi jumpa doktor pakar. Cuma kalau2 ada masalah susulan lain barulah rujuk semula melalui klinik berhampiran. Pukul 10.00 pagi dah selesai dan keluar.
    Sampai di Bahau, aku terus ke pejabat Ansyurance untuk membayar ansyurance dan roadtak kereta aku. Nampaknya turun sedikit bayarannya dari tahun lepas. Alhamdulillah, selesai dah bayar untuk setahun. Baik juga ianya mati pada hujung bulan Julai tiap2 tahun. Tentunya ada duit tambahan ia itu dari dividen saham KPF. Tapi untuk ini, tak perlu lagi keluar duit dividen, duit pendapatan hasil sawit untuk bulan ni masih ada dan mencukupi. Syukur sesangat syukur. Ada lagi lebihan duit aku beli pula akurium kaca yang sederhana besarnya. Bawa balik naik kereta sahaja. Dan shoping lagi barang dapur di econsave. Memandangkan masih agak awal, sempat lagi singgah di pusat Terapi BSJ, dapat masuk untuk seisi jam 12.40. Alhamdulillah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan