Jumaat, 03 Ogos 2012. hari ini adalah hari
ulang tahun perkahwinan aku dengan isteri ku. Alhamdulillah, syukur sesangat
syukur ke hadrat ALLAH swt. Masih dipanjangkannya usia, dikekalkan lagi kesihatan dan kebahgian
dalam rumah tangga kami. Dah masuk 26 tahun, dah lebih ¼ abad. Anak anak pun
dah besar besar, tinggal sorang je lagi yang sekolah, tu pun dah tingkatan 4.
Anak yang sulung dah pun kahwin dan beranak sorang, dan menetap bersama suaminya
di Kapar Selangor. Jadi bererti aku ni dah bercuculah sudah. Dah dapat title
Atok dah. Yang no 2 dan no 3, bujang dan dara lagi, pun dah bekerja.
Kebetulan kedua duanya bekerja di
sekitar tempat yang sama ia itu diBangi. Alhamdulillah, tak de lah lagi emak
bapak nak tanggung. Cuma sorang je lagi anak yang duduk kat rumah ni, sebab
sekolah kat sini. Kalau tidak tinggallah berdua jee semula. Macam baru baru
kahwin. He hee heee.... Apa apa pun Doa dan harapan aku sekeluarga, kekalkan
lah kesihatan, keamamanan, kesejahtraan dan kebahgiaan kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan