Ahad, 19 Ogos 2012 telah di tetapkan untuk
seluruh umat islam di Malaysia berhari raya. Ini bermakna tahun ini Cuma 29
hari sahaja kita berpuasa. Tak kisah lah tu, sebulan juga namanya. Di pagi raya
di kampung biasalah. Sebaik mengambil sedikit makanan untuk di rasa, terus
ssaja ke masjid berdekatan. Biasalah kalau sembahyang raya mimang sesak masjid,
sampai ada yang tak dapat nak solat. Nak buat cam ne. Lagi pun kan solat sunat
je. Berkumpul, bertemu dan bermaafan itu lebih baik di pagi raya. Aku nasib
baik ada tempat untuk solat. Sebaik habis solat dan khutbah, aku terus balik
saja. Malas nak ikut baraan. Lagi pun dah tinggal bebudak je yang baraan,
peringkat cucu2. balik kerumah pun rehat je, tak kemana2 hari ini, melayan
tetamu yang datang sahaja.
Cuma pada raya kedua baru keluar beraya,
tu pun Cuma 3 buah rumah jee. Mula2 rumah pak busu di parit 16(sebelah emak),
kerumah busu parit 8(sebelah ayah). Last sekali ke tebuk berihun, rumah akak
ipar(along). Abang along dah meninggal tahun lepas. Ptg balik ke parit 11 rehat
jee. Malam pula adek Ucu belanja makan KFC. RM250.00 dia belanja beli ayam
goreng, makan ramai2. kebetulan anak sulung serta cucu pun ada, dia beraya di
kampung Bagan Datoh, dah nak balik ke Kapar, singgahlah di rumah neneknya. Esok
pun kita orang nak stat balik. Mudahan selamat perjalanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan