Selasa, 03 Julai 2012, jam 9.30
pagi ini aku ke BSJ lagi untuk mencabut gigi kali ke6. kali ini ramai penumpang
nya. Termasuklah isteri aku, anak perempuan dan cucu, serta seorang jiran
perempuan. Mereka semua bukan nak cabut gigi tapi nak buat terapi letronik yang
di adakan secara percuma di BSJ itu. Sebaik sampai aku tinggalkan mereka semua
di situ, aku sorang saja yang pergi ke klinik gigi BSJ. Sebaik balik dari cabut
gigi, terus ke pusat rawatan tersebut. Malangnya kesemua mereka tak dapat buat
terapi harini. Ini di sebabkan ada kejadian litar pintas letrik di bangunan
tersebut. Mujur jua sempat di padamkan, kalau tidak munkin juga boleh berlaku
kebakaran di bangunan tersebut. Maka di tutuplah sementara menunggu pihak TNB
untuk datang membaiki kerosakan tersebut. Kesian diaorang hari ini, penat penat datang dari
jauh, tak dapat pulak buat terapi. Tapi tak apa, esok esok boleh buat lagi.
Hari hari rawatan tu ada di situ, percuma saja. Tinggal aku saja yang belum nak
mencuba, entah bila..... kata orang mimang bagus, untuk melancarkan lagi
perjalanan darah di dalam tubuh badan. Insyaallah.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan