Cabut gigi dan buat terapi lagi.
Isnin, 16 Julai 2012. pukul 9.00
pagi ini aku ke BSJ dengan bini aku serta seorang jiran yang ingin menumpang.
Tujuan utamanya tentulah nak cabut gigi lagi. Ramai pulak orang hari ni, jadi
agak lamalah sikit menunggu. Setelah di cabut tinggal 3 batang saja lagi gigi
aku. Lepas raya nantilah baru cabut lagi. Bini aku juga cabut gigi sekali.
Pukul 12.00 tengahari baru dapat
masuk ke terapi. Dah keluar apa lagi, beli sajalah lauk segera kat kedai
sebelah, senang balik nanti boleh terus makan sahaja, sebab nasi sudah di masak
awal pagi tadi. Ni lah rutin aku hari ni. Esok tak pergi terapi, sebab ada
mesyuarat koperasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan