Rabu, 04 Julai 2012. jam 7.30
pagi ini aku memandu ke Kuala Pilah bersama isteri, anak dan cucu. Tujuan
utamanya ialah temujanji bagi isteriku untuk memuat terapi lilin pada tangan
yang di bedahnya tempohari. Sebelum sampai singgahlah dulu sekejap di Public
Bank Bahau untuk membayar bulanan kereta. Senang sikit pagi pagi nak paking,
orang belum ramai. Jam 8.30 sampai lah ke hospital K Pilah. Apa lagi sambil
menunggu baca jelah surat khabar. Hampir pukul 11.00 pagi isteri ku pun keluar
dan terus saja balik dan singgah di BSJ.
Mimang cantiklah masa tu, sampai
ke tempat terapi terus daftar dapat masuk untuk sesi jam 12.00 tengahari.
Tunggu sajalah sekejap jee lagi. Inilah pertama kali aku buat terapi tersebut.
Lainlah isteri aku dah selalu buat. Insyaallah, kalau ada masa esok esok aku
akan buat juga lagi. Katanya bagus tu untuk membantu melancarkan lagi
perjalanan darah di dalam badan. Sebaik saja selesai, apa lagi pergi makan lah
kat kedai sebelah tu. Alhamdulillah.. dah kenyang balik tak payah susah2 nak
masak untuk makan lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan