Rabu, 25 Julai 2012

Bapak mertua nak tinggal di sini.



    Rabu, 25 Julai 2012. bagaikan macam tak percaya pulak yang bapak mertua aku tiba tiba hendak duduk di sini. Pada aku dan bini aku tak kisah pon, duduklah sampai bila bila pon. Kat rumah ni besar, bilik banyak tak sape nak duduk. Bagus juga kalau benar bapak nak duduk sini. Jangan hangat2 tahi ayam sudahlah. Macam hari tu pernah nak nak duduk sini, satu malam saja, esok pagi menghilang diri balik kampung sendiri tanpa memberitahu. Puaslah kitaorang melilau mencarinya. Rupa rupanya dah sampai Bahau, nak balik kampung sendiri. Kenapa gitu, tak nak bagitau, menyusahkan orang lain saja. Yang ini tak taulah berapa lama.
    Kisahnya malam tadi tetiba orang tua tu memintanya cucu dia kat kampung tu hantarkan ke sini. Tengok pada beg dan pakaian memang banyak di bawanya, macam nak tinggal lama. Tak pe lah. Jadi malam tadi aku sorang jee lah ke Tarawih, bini aku terpaksa tinggal kat rumah menunggu kedatangan bapaknya. Alhamdulillah, selamat sampai, tapi sebaik aku balik dari masjid orang tua tu dah tidor. Demam kata bini aku. Anak buah yang menghantar pon dah balik, tak sempat nak jumpa. Pagi tadi bini aku bawa orang tua tu ke klinik depan, katanya tak berak2 dah seminggu, tu yang dia risau. Mintak2 sihatlah orang tua tu kalau nak duduk sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan