Ahad, 15 Julai 2012

Sambutan Hari Koperasi.



    Sabtu, 14 Julai 2012. bertempat di stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur, berlansungnya acara sambutan Hari koperasi yang julung kalinya di adakan secara besar besaran. Lebih 60,000 ahli dari pelbagai Koperasi, dari seluruh negeri2 di Malaysia datang berkumpul di stadium tersebut. Mereka semua datang dengan bas yang di sediakan oleh Koperasi sendiri dan di tambah lagi dengan elaun kedatangan sebanyak rm30.00 setiap seorang. Mana tak ramainya orang datang. Segalanya percuma. Peresmian pula di sempurnakan oleh perdana menteri kita YAB Dato Seri Najib bin Tun Razak.
     Oleh kerana terlalu ramainya orang yang datang, dan terlalu banyak bas yang berhimpun, sudah tentunya keadaan menjadi sesak dan sempit. Dan terpaksanya berjalan kaki agak jauh untuk masuk ke dalam stadium. Perbagai jualan di adakan pada gerai gerai yang di sediakan di sekitar luar stadium. Bermula jam 8.30 malam, ucapan alu aluan, persembahan koir di ikuti dengan ucapan amanat YAB Perdana Menteri sebagai meresmikan himpunan hari Koperasi tersebut. Di sebabkan riuhnya kehadiran orang ramai dan terlalu bising nya dengan tiupan trumpet, ,maka apa yang di ucapkan oleh pemimpin kita itu tidak berapa jelas di dengar. Nak buat macammana, tempuhi sajalah dengan penuh sabar dan tenang. Walau bagaimana pun belum habis PM berucap, kami dah mula beransur keluar. Perut yang kosong perlu di isi. Hari semakin jauh malam, maka beransurlah menuju ke hentian bas. Malang ada pula yang tercicir, masa terbuang lama menunggu. Tapi Syukur Alhamdulillah, setelah semuanya terkumpul, bas kami pun bergerak balik dan sampai ke rumah kira kira jam 2.30 pagi. Alhamdulillah....... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan