Ahad, 15 Julai 2012

Pelbagai aktiviti minggu ini.



    Sabtu, 14 Julai 2012. dah seminggu tiada kesempatan menulis di sini. Bukannya tak ada perkara, tapi di sebabkan terlalu banyaknya aktiviti, sehingga kurangngya kesempatan untuk menulis blog ini. Secara ringkasnya aku tuliskan sikit2 d sini. Bermula Ahad lepas tentunya penat balik dari sambutan hari Peneroka. Pakaian banyak perlu di basuh, isteri pula mengikut rombongan pengantin ke Felda Taib Andak johor. Anak menantu pula nak balik kerja. Hari Isnin pula pergi klinik depan, untuk di ambil darah buat pemereksaan buah pinggang, seterusnya ke Bahau, menjemput anak yang baru balik dari Langkawi. Hari Selasa hentar pula anak nak balik kerja dan terus ke BSJ untuk cabut gigi lagi, seterusnya buat terapi medan letrik. Hari Rabu ke BSJ lagi untuk membayar bil2 dan membuat terapi lagi. Sebelah malamnya kenduri pula di rumah jiran. Hari khamis sebelah pagi sempat lagi buat terapi di BSJ. Sebelah petang jiran blok pula nak buat kenduri, megambil barang2 di stor blok. Sebelah malam Ysin di surau, seterusnya tahlil di rumah jiran blok tersebut.

   Hari jumaat pagi pula mesin rumput sekitar halaman, tepi jalan dan sbahagian belakang rumah. Petang pula cuci dan ganti air kolam yang dah kotor dan banyak berudu. Mlm pula kenduri tahlil lagi di rumah jiran. Hinggalah sabtu hari ni, ada pula kenduri nikah anak jiran. Isteri pula pergi marhaban dan berendoi cucu jiran di blok 01. ptg pula nak ke KL, sambutan hari Koperasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan