Jumaat, 20 Julai 2012

Masukkan ikan Kaloi ke akurium.



    Jumaat, 20 Julai 2012. balik pada jogging hari ni aku terus buang air untuk kurangkan air di dalam kolam batu tu. Baru tak sampai seminggu dah gelap airnya tak nampak ikannya. Setelah agak surut barulah nampak, apa lagi aku cedoklah se ekor ikan kaloi yang ada di situ dengan tangguk jaring dan terus aku bawa ke dalam rumah dan masukkan ke dalam akurium cermin yang baru aku beli semalam. Selain itu aku masukkan juga 4 ekor anak talapia yang masih kecil sebagai kawannya. Alhamdulillah, seronok rasa hati aku. Impian ku nak bela ikan kaloi di dalam akurium kaca telah tercapai. Harap harap hiduplah ikan itu sehingga ia menjadi besar sampai ke akhir hayatnya. Kalau ada duit dan kesempatan nanti boleh lah belikan aksasori tambahan seperti pokok dalam air dan batu batuan berwarna untuk menambah serinya akurium tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan