Beraya ke kampung Temeris dan Lakai.
Khamis, 23 Ogos 2012. hari raya ke 5 baru
nak beraya ke kampung Temeris. Tu pun 2 buah rumah je. Ia itu rumah kak Long
dan rumah Wak Buang. Ada bekas rumah mertua sendiri, malas dan tak pon singgah.
Dah jadi hak orang lain nak buat cam ne. Padahal bapak mertua masih ada lagi.
Terpaksalah orang tua tu yang datang kerumah kak Long kalau nak jumpa kita
orang. Nak buat cam ne, itu sajalah jalan yang ada. Selesai 2 buah rumah
berkunjung, kami meneruskan perjalanan ke lakai pula. Rumah abang ipar saja.
Sempatlah solat zohr di sana. Juadah raya pun agak istimewa ada mee kari.
Alhamdulillah, kenyang juga perut. Pukul 4.00ptg kami meneruskan perjalanan balik.
Singgahlah shoping sikit kat Aktif BSJ dan sampai ke rumah kira kira jam 6.30
petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan