Mesyuarat Menentusahkan draf minit Mesyuarat Agung Koperasi.
Selasa, 17 Julai 2012. jam 8.30
pagi aku dah ke pejabat koperasi peneroka felda serting hilir 04. belum ada
orang, jadi aku ke depan lah beli surat khabar dulu. Mesyuarat bermula jam 9.00
pagi. Ingatkan lama sangatlah mesyuaratnya, rupanya tak sampai 10 minit dah
selesai. Gitu rupanya. Bukannya apa pon, Cuma semak, kalau ada salah silap,
tegur buat pembetulan pada minit tersebut, itu saja. Kalau tak ada apa apa
masalah, OK jelah, selesai mesyuarat. Tandatangan saja pada 4 helaian draf
tersebut. Yang aku rasa tak percayanya, mesyuarat sekejap gitu pun ada elaun,
boleh tahan juga banyak nya, RM30.00 tu. Alhamdulillah.... syukur sesangat
syukur. Semuga Koperasi kita kan bertambah maju dan maju lagi ke hadapan.
Amin....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan