Sabtu, 18 gos 2012. jam 8.00 pagi aku sudah
ke pekan bersama isteri untuk mencari bahan keperluan juadah hari raya. Maka
sesaknya lah jalan nak menuju ke pasar tu, nak letak kereta pun susah, terpaksa
berjalan agak jauh. Tu kira awal pagi lagi keluar, kalau dah lewat lagi payah
nak masuk pasar tu. Kata orang jem gila. Alhamdulillah, siap beli sikit2, balik
lah, cukuplah setakat apa yang ada. Tak perlu berboros boros dalam berbelanja.
Pada sebelah petang pula kena tolong Ucu
nak buat lemang. Dia dah siapkan buluh 25 batang dengan pulut 6 kilo. Dan 12
biji kelapa dah siap parot. Tinggal nak isi dan bakar sahaja lagi. Pukul 4.00
ptg dah mula bakar, hinggalah pukul 7.00 ptg. Alhamdulillah masak sudah,
dapatlah berbuka dengan juadah lemang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan