Sabtu, 31
Disember 2011, Hari ini ada lagi kenduri orang kahwin, boleh di kata tiap2
minggu ada sahaja. Malam tadi pun tuan rumah tu dah mulakan dengan kenduri
bacaan yasin dan tahlil untuk keluarga beliau. Cuma tak ada bersanding malam
sahaja. Dah di jemput tak sedap pula tak pergi. Kebetulan pula malam tadi anak
no 2 nak balik, mintak jemput kat Bahau, bincang2 dengan isteri, nak jee dia
pergi menjemput ke Bahau dgn anak bungsu. Baik juga dia ada lesen dan boleh
memandu, senang juga aku. Satu hal juga malam tadi adanya Forom Perdana di Sh
06. dah pergi kenduri tak dapatlah ke forom perdana sebab masa yang sama. Tak
pee lah, buat jee lah mana yang lebih perlu. Baru 5 minit aku sampai ke rumah,
anak dan isteri ku juga sampai. Di belinya pula ayam KFC, aduhai... mana lah
nak larat makan lagi, rasa jee lah sikit. Kat kenduri tadi dah makan nasi lauk
kari kambing dan rendang kacang+dalaman ayam, dah cukup kenyangnya makan.
Petang ni
sorang lagi anak nak balik, pun nak kena jemput kat Bahau, tengoklah nanti
siapa yang menjemput, ikut rasa aku malas jee. Kalau isteri nak pergi jemput
sendiri atau berteman anak biarlah dia pergi. Aku lebih senang duduk di rumah
saja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan