Rabu, 7 Disember 2011

Alih kedudukan set almari TV

     Dah bertahun tahun lamanya almari TV tu berada di situ, malam ni teragak pula nak ubah kedudukannya. Kali ini letak kat tepi tepi dinding tengah. OK juga, sedap juga mata memandang. Terasa macam duk kat rumah baru pula....cewah.  Berpeluh juga di buatnya, maklum lah TV lama 29in, besar. berat sungguh mengangkatnya. Lain lah TV zaman sekarang semuanya nipis nipis, dah tentu ringan.
     Bagi aku biarlah guna dulu TV tu, selagi ianya masih elok, tak perlu lah di tukar dengan yang baru. Lagi pun aku bukannnya gemar sangat tengok TV ni, kalau tengok pun biasanya bab berita saja. Bab cerita2 ni kurang sikit, bini aku je yang gemar. Aku lebih gemar mengadap komputer atau Laktop lagi daripada TV. Lagi pun kat rumah ni dah tinggal 3 orang, apa susahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan