Jumaat, 23 Disember 2011

Dapat duit RM100.00

      Jumaat, 23 Disember 2011: Hari ini juga baru anak ku itu mengambil duit RM100.00 yang di berikan oleh Kerajaan pada setiap murid2 untuk tahun ini. Sebenarnya duit itu sudah pun di keluarkan pada penghujung persekolahan hari tu. Oleh sebab di hari penyerahan dulu, anak tu tiada, dia menyertai Kem selama 3 hari, maka dia belum mendapatnya. Dah balik ke sekolah, tinggal 2 hari persekolahan, tak sempat dan tak  dapat menemui cikgu yang membuat penyerahan itu. Seterusnya cuti akhir tahun bermula. Sehinggalah hari ini baru dapat datang semula ke sekolah tersebut. Ingatkan dah tak dapat lagi, cuba cuba tanya, Alhamdulillah...... ada lagi rezeki anak ku itu. Suka sangatlah dia. Balik saja dari sekolah, terus ke B Seri Jempol, dapatlah anak ku membeli 2 helai kemeja putih baru untuk sekolah tahun depan. Nak beli kasut, tak ada pula yang berkenan di hatinya...esok sajalah pergi ke pekan Bahau, di sana lebih banyak pilihan. Apa apa pun aku sangat2 berterima kasih pada kerajaan Malaysia yang begitu perihatin kepada rakyatnya, membantu meringankan keperluan perbelanjaan sebegini. Dan pastinya aku tidak lupa Bersyukur kepada ALLAH, di atas rezeki dan segala nikmat yang di berikan NYA. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan