Jumaat, 23 Disember 2011, Semalam lagi (Khamis) dah keluar keputusan pepereksaan PMR. Di sebabkan hujan seharian semalam, malas aku nak bawa anak ku tengok semalam. Jadi pagi tadi baru aku pergi membawa anak aku ke SMKLB. Alhamdulillah, lulus juga semua mata pelajaran yang di ambilnya, walaupun tak ada dapat A, OK juga tak ada yang gagal. Mengikut statistik PMR tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas, ramai yang memperolihi kesemua A. Tahniah lah di ucapkan. Kelulusan PMR ini membawa cabang ke arah mana anak2 kita nak meneruskan pengajiannya, demi untuk mencapai cita citanya. Tahniah dan syabas sekali pada yang berjaya. Yang kurang berjaya, jangan putus asa, masih ada ruang untuk anak2 menghadapi satu lagi ujian yang lebih penting ia itu SPM. Berusahalah sungguh2 untuk mencapai kejayaan. Kalau tak berjaya sekali pun dalam pepereksaan ini, masih ada juga ruang, anak2 boleh mengambil kursus2 kemahiran yang begitu banyak di sediakan oleh kerajaan kita. Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Berusaha itu tangga kejayaan. Selamat maju jaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan