Sabtu, 24 Disember 2011

Jemput Nana balik cuti.

     Senja semalam aku dan isteri terpaksalah ke pekan Bahau. Walaupun keadaan hari hujan, kena pergi juga. Anak aku dah telepon nak balik juga katanya. Kalau tak di jemput macammana, mana pula dia nak bali ke rumah, Mana ada bas lagi yang masuk dah malam2 ni. mau tak mau terpaksalah tunggu. Baik juga ada kereta sendiri, kalau tak pening juga kepala di buat nya. Lagi pun anak ku tu dah tahu, ayah ibu mesti boleh jemput, tu pasal dia berani balik walau pun dah malam hari.
     Tungu punya tunggu dah 5 bas rasanya sampai, tapi tak nampak2 kelibat anak aku, cuba telefon dia, tanya kat mana, entah katanya tak nampak...gelap saja. Aduhai..... nak buat cam nee tunggu jee lah. Tepat pukul 10.00 malam baru dia sampai. lega rasanya. Alhamdulillah. Yang di tunggu dah pun tiba. Baik juga nak balik kerumah hujan dah reda. Aku ni bukannya nampak sangat memandu di waktu malam2 ni, lebih2 lagi kalau hari hujan. Baik juga bini aku boleh memandu.... dia sajalah yang driver sampai ke rumah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan