Isnin, 5 Disember 2011

Balik ke Negeri 9.

     Setelah 3 hari aku di Kapar, hari ni berangkatlah balik. Bab jalan ni memang pening sikit kepala, main redah jee sebenar nya. Jalan punya jalan akhirnya aku terlajak dari simpang yg sepatutnya aku masuk, Ini gara2 bini dan anak aku lah yang cakap terus jee ke depan. Haa dah terlajak nak buat cam nee, teruskan jee lah, bukannya boleh buat U turn sesuka hati. Hati semakin berdebar2 takut termasuk ke dalam pusat bandar, nanti makin pening macammana nak cari jalan keluar.
     Akhirnya terpandang simpang ke Kelana Jaya, aku cekalkan hati masuk jee ke situ, akhirnya terpandang papantanda Johor Baru.  Haa Lega sikit, dalam hati mula kata, bolih terus jalan ni, tak sesat kot. Aku pun isi minyak kat situ dan teruskan perjalanan ke Selatan, memandu dengan penoh perhatian, mesti lalu lorong arah ke bandar yang ada di selatan. kalau tak silap 3 kali bayar tol baru dapat jalan keluar lebuhraya Seremban.... Alhamdulillah leganya rasa. Sehinggalah sampai masuk ke Senawang dan berihat di Ulu Bendol. Sempat Shafiq mandi. Alhamdulllah... Tu lah pengalaman namanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan