Selasa, 27
Disember 2011, pagi ini sempat aku meluangkan masa untuk bersama menyertai
Program memulakan langkah untuk berjalan 10.000 langkah yang di anjurkan oleh
Kementerian Kesihatan. Di bawah kelolaan Kemas yang bertempat di Serting Hilir
Satu. Tujuannya tidak lain adalah untuk kesihatan. Lebih2 lagi kita yang sudah
menjadi warga emas ini, berjalan adalah salah satu cara yang terbaik untuk
menjaga kesihatan. Berjalan bukannya susah, Cuma nak memulakannya nya saja yang
selalunya malas. Hari ini merupakan langkah permulaan bagi ku, insyaalah akan
aku teruskan di hari hari mendatang. Ini juga merupakan azam baru ku untuk
tahun 2012.
Alhamdulillah... permulaan perjalanan sudah pun selesai, Cuma aku
sedikit terkilan, kenapa amat kurang penyertaan dari kaum lelaki. Tapi tak
mengapa, munkin mereka ramai yang masih bekerja, lain lah aku dah pencen.
Selain itu ada juga acara2 lain yang di adakan ia itu pertandingan Jahitan dan
permainan Tradisional. Pada aku cukuplah menyertai jalan kaki tersebut. Majlis
akan bersambung di sebelah petang yang mana ianya akan di resmikan oleh YB Dato
Hj Lillah Yasin, ahli Parlimen Jempol kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan