Rabu, 28 Disember 2011

Bonos Intensif Felda


     Rabu, 28 Disember 2011, petang ini tadi Felda telah mengeluarkan Bonos tahunannya ia itu apa yang di sebut Bonos Intensif. Bonos ini bergantung kepada banyaknya hasil yang di keluarkan dalam tahun ini dan di jual pada kilang2 Felda. Banyak hasil, banyaklah Bonos. Had Maksimam yang Felda beri ialah RM1200.00. Bagi Blok 04 tahun ini Cuma RM800.00 sahaja. Alhamdulillah juga. Ini di sebabkan hasil sawit yang sudah menurun. Pokok yang sudah terlalu tua, tahun depan sudah mula di tebang. Lagi pun untuk tahun ini sawit itu sudah tidak di bubuh baja lagi. Bagi peneroka2 Felda yang menanam semula bersama felda, mereka mendapat bonos penoh. Manakala bagi mereka yang keluar pada Felda, atau menanam sendiri ladang mereka, mereka ini tidak mendapat apa apa bonos dari Felda.
      Jadi ingat2 lah kawan2 semua, tak ada ruginya kita bersama Felda ini. Segala keperluan dan kemudahan di sediakan oleh Felda. Kalau dah tanam semula nanti Felda akan sediakan kos sarahidup untuk tempoh 3 tahun. Tak perlu kita keluarkan modal walau se sen pun nanti. Walau pun kita berhutang dengan Felda, kita tak perlu risau, Felda tak kan mintak duit kocek kita untuk membayar hutang. Semuanya akan di bayar balik oleh sawit2 yang di tanam oleh Felda itu nanti. Bahkan kita akan menerima lagi duit hasil pokok itu nanti sekiranya titik pulang modal sudah pun bermula. Insyaallah........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan