Jumaat, 23 Disember 2011; Hari ini juga anak ku meminta borang untuk pindah ke sekolah asalnya di SMKSHK. Pada aku tidak menghalang, kemana pun dia nak sekolah, akan aku turutkan, asalkan hendak sekolah. Dah habis sekolah esok biarlah jadi orang berguna, jangan jadi sampah masyarakat, hidup menyusahkan diri sendiri dan menyusahkan orang lain, jauhkan lah perkara itu. Berbalik kisah pindah tadi, setelah siap isi borang dan di tandatangani oleh Pengetua SMKLB, di suruh oleh kerani itu ke pejabat Pelajaran di bandar Seri Jempol untuk mendapatkan kelulusan dan pengesahan. Alhamdulillah, siap sudah segala urusan. Tinggal nak serahkan saja satu borang permohonan itu ke SMKSHK. Tahun depan ni nampaknya tak de lah ibu dan ayahnya tinggal berdua saja lagi di rumah, dia dah duduk di rumah saja, sekolah dah tak jauh. Kalau tidak tiap2 minggu kena jengok atau jemput dan hantar dia balik ke asrama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan