Khamis, 22 Disember 2011

Balik kampung Selangor.

    Jumaat, 16 Dec, Jam 9.00pg aku memulakan perjalanan balik ke kampong. Pukul 11.00pg baru sampai Hentian Rehat Seremban. Rehat untuk membuang air kecil sahaja. Malas nak pergi minum. Lebih kurang 15 minit rehat aku meneruskan perjalanan melalui lebuhraya. Alhamdulillah, perjalanan pun lancar tidak sesibuk seperti nak hari raya. Pukul 12.30 tg baru sampai ke rumah anak ku di Kapar Selangor. Rehatlah di situ dan makan bekalan nasi lemak yang di bawa dari rumah. Kononnya nak makan dalam perjalanan tadi, tapi rasa tak lapar pun, perjalanan ok jee hinggalah sampai. Aku memandu pun tidak laju, biasa2 saja. Kata orang apa nak di kejar pun, pandu pelan2 dan hati2 sampai juga. Sempat juga aku melelapkan mata di rumah anak ku itu.
    Pukul 3.00ptg aku meneruskan perjalanan, terus sahaja tak ada singgah mana mana lagi. Kali ini kereta ku jadi padat, anak dan cucu ku ikut sekali, mana lagi barang keperluan bayi semuanya nak di sumbat sama. Dari rumah pun lagi dah macam2 aku bawa, rambutan, durian, manggis dan pakaian. Dari rumah Cuma 3 orang, aku isteri dan sorang anak, kini dah jadi 5 orang, maunya tak padat. Alhamdulillah pukul4.45 sampailah ke parit 11 kerumah orang tua ku. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan