Khamis, 22 Disember 2011

Balik semula ke Negeri Sembilan

     Selasa, 20 Dec; jam 9.00pg kami mula bergerak arah balik ke Negeri Sembilan. Sebenarnya dalam hal jalan ni bukanya lah aku tahu sangat, selalu pelupa, lagi pun jarang2 balik kampung. Cuma bertawakal dan berserah saja pada Ilahi. Masih tak berapa ingat lagi, mana satu jalan yang perlu di lalui, lebih2 lagi sewaktu melintasi bandaraya Kuala Lumpur tu. Baik juga banyak terdapat papan tanda yang menunjukkan arah perjalanan. Memandu jee lah dengan penuh hati2 agar tidak terlepas atau tersalah lorong. Kalau dah tersalah masuk, memang payah lah jawapnya nak keluar semula, terpaksalah terus ke depan sehinggalah jumpa jalan keluar. 
      Alhamdulillah, perjalanan kali ini agak lancar, Cuma ada sikit kesilapan kecil, biasalah tu bagi orang2 seperti aku ini. Yang penting jangan sesat dan sampai ke destinasi yang nak di tuju. Lagi satu kenderaan perlulah berkeadaan baik dan minyak yang mencukupi. Pukul 12.30tg baru sampai hentian rehat Seremban, rehat sebentar. Hampir pukul 2.00ptg baru sampai ke Bahau. Rehat lah dulu di pekan bahau untuk makan dan berbelanja sikit2. Pukul 3.30ptg baru sampai ke rumah. Ini bererti  6.30 jam masa yang di perlukan dalam perjalanan tersebut. Ye lah, memandu pun tak laju, banyak pula berhenti. Kat Bahau je pun hampir 1 jam berhenti. Kalau orang muda yang memandu, kemudian tak de berhenti2 rehat, insyaalah 4.30 jam saja masa di perlukan untuk sampai. Walaubagaimana pun aku tetap bersyukur, biar lambat tak pee,,, asalkan selamat dan sampai juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan