Jumaat, 23 Disember 2011

Pendahuluan dan Caruman anak Sekolah.


      Jumaat, 23 Disember 2011; petang ini juga aku ke pejabat untuk mengambil duit pendahuluan dari Felda. Oleh kerana hasil sawit yang sudah amat berkurangan, maka duit pendahuluan yang di terima juga sedikit. Beginilah hidup di tanah Felda ni, bergantung pada hasil sawit. Itu sebab kita kena beringat selalu, simpan2 semaja pendapatan lebih. Tiga, empat bulan lepas pendapatan Felda memang agak lumayan, ribu2 hasilnya, kalah gaji pengurus. Pendahuluan Felda pun di beri hingga rm800.00. patut masa tu laa nak simpan, jangan di habis2kan pada bulan itu. Dah kini hasil berkurangan, ramai pula yang mengeluh, pandapatan tinggal sikit, mana nak belanja, nak bayar kereta, bayar bil, anak nak sekolah dan macam2 keperluan. Bagi aku biasa sajalah, banyak kee, sikit kee yang aku dapat, macam tu juga cara hidup aku. Aku tak pernah boros dalam belanja, biasa2 sahaja.
      Baik juga blok 4 ada membuat caruman untuk anak2 sekolah. Dari awal tahun, ketua blok sudah mula memotong pendapatan peneroka rm100.00 atau 200.00 tiap2 bulan, atau paling kurang rm50.00 sebulan. Alhamdulillah, hari ini aku menerima RM750.00, tak terasa pun masa di potong dulu, tau tau dah terkumpul sebanyak tu. Senang sangat lah esok aku nak membeli keperluan anak sekolah ku. Syukur Alhamdulillah..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan