Khamis, 29 Disember 2011

Kemuncak dan Peresmian Hari Ibu



     Khamis, 29 Disember 2011. pagi ini adalah merupakan kemuncak HARI IBU anjuran UMNO, Wanita Dan Belia Serting Hilir 04. acara hari ini ialah pertandingan masakan, gubahan kain dan gubahan buah buahan tempatan dari ibu ibu. Kesemua nya sudah di siapkan dari rumah hanya di hantar ke meja pertandingan untuk di adili. Manakala pertandingan memasak secara live pula di sertai oleh belia/beliawanis. Belia memasak nasi goreng, manakala beliawanis pula memasak mee goreng. Seronok juga melihat budak2 ni memasak, pandai2 semuanya. Selain itu ada juga di adakan pemereksaan kesihatan, sempat juga aku meluangkan masa. Tekanan darah OK 110/80 dan Kandungan gula dalam darah Cuma 5.4 sahaja. Ok sesangatlah tu.
     Bertimbun hadiah2 yang di berikan hari ini. Hadiah pemenang2 sukan semalam, hadiah pertandingan masak memasak, gubahan gubahan, sampai ke perengkat penyertaan pun dapat hadiah saguhati. Juga di sampaikan hadiah2 untuk ibu2 yang mengajar al Quran, ibu2 yg menjaga anak2 kurang upaya, ketua2 blok Wanita GPW. Juga hadiah untuk Ibu Mithali. Acara kemuncak ialah memotong Kek bersama sama ibu ibu semua. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
     Peresmian di sampaikan oleh YB kita, Dato’ Hj Lillah Yasin, ketua UMNO Jempol merangkap Ahli Parlimen Jempol. Banyak nasihat berguna di sampaikan beliau, lebih2 lagi dah hampir pilihan raya ni, banyak isu isu kebaikan kerajaan di sampaikan beliau untuk menarik undi. Pada aku tentu lah tiada plihan lain, dari dulu, kini dan selamanya. Aku tak nampak pun kelemahan BN. Apa lagi yang kita mahukan. Negara aman, damai, kaya, berwawasan, tentu semua itu menyenangkan rakyatnya. Hidup UMNO..HIdup BARISAN NASIONAL. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan