Isnin, 5 Disember 2011

Saudara sepupu buat kenduri kawen di KL

     Lebih sebulan lalu kad undangan sudah pun di hantar. Akhirnya hari Jumaat lepas tergeraklah hari ku untuk pergi ke rumah nya. Yang pertama aku tuju tentulah rumah anak cucu aku di Kapar, dan bermalam lah di rumah nya. Besok hari Sabtu baru lah pergi ketempat sepupu aku tu di Setiawangsa. Kalau tak ada menantu aku tu, tak munkin aku boleh sampai, sebab memang aku tak tahu langsung jalan2 di dalam KL ni. Alhamdulillah bertemu juga aku dengan saudara2 sepupu, adik beradik lainnya di sana.
     Menjelang tengahari kami pun meninggalkan majlis tersebut. Dan kami pergi pula ke Stadium Bukit Jalil. rupa nya ada JOM HEBOH. Tu lah pertama kali aku menjejakkan kaki ka stadium Bukit Jalil dan ke Karnival Jom Heboh, memang heboh dan bising para peniaga melariskan barangan jualan diskaun mereka. manusia berasak asak ramainya. Penat berjalan, itu pon tak sempat habis mengunjungi semuanya nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan