Rabu, 28
Disember 2011, hari ini bermula nya program HARI IBU anjuran wanita dan Belia
UMNO SH 04 yang di adakan di padang dan bangunan Balai Raya SH 04. acara pagi
tadi di mulakan dengan acara sukan Sepak Penalti Gawang Putsal oleh ibu2
penduduk di sini. Seronok juga melihatnya, berbagai gaya mereka lakukan hingga
ada menghiburkan hati penonton. Acara nya terdiri dari satu kumpulan 3 orang,
ia itu 2 ibu dan seorang anak perempuan setiap blok. Setiap ahli perlu menyepak
3 kali dan di jaga oleh seorang penjaga gol lawan. Nampak senang, tapi sukar
juga bagi mereka, lebih2 lagi bagi mereka yang tak pernah menendang bola.
Kelakar di buatnya.
Sebelah
petang tadi di sambung dengan acara Putsal oleh belia lelaki dan acara Petanqe
bagi kaum wanita. Alhamdulillah, cuaca pun baik, semuanya dapat berjalan dengan
lancar dan menghiburkan. Itu lah yang kita hendak, seronok2 di hujung tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan