Hari ni Khamis, 22 Dec, hujan merenyai mulai turun dari tengah malam lagi. Sehingga cacatan ini di di taip jam 6.30 ptg, hari masih hujan tanpa henti sepanjang hari ini. Cuma ianya tidak lebat, kata orang hujan banjir. Alhamdulillah di tempat kediaman ku ini tidak pernah berlaku banjir, munkin di tanah tinggi, lagi pun pembangunannya sudah di rancang dengan rapi oleh Felda untuk membuat penempatan. Bulan Dec ini musim hujan, banyak negeri2 lain sudah di naiki banjir. Banjir di johor, sudah ramai yang di pindahkan ke pusat pemindahan. Nak buat macammana, itu sudah kehendak Ilahi. Sama2lah kita mensyukuri dengan segala apa jua yang di berikannya. Di sebalik apa jua musibah pasti ada hikmahnya. Munkin hanya kita sebagai manusia, selalu lalai dan leka, tidak menyedari betapa besarnya kuasa Allah yang menghendaki sesuatu berlaku itu ada hikmah atau keperluan sesuatu yang lainnya. Bersyukur dan terus bersyukur lah kita kepada Allah....nescaya kita akan mendapat keberkatan dari NYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan