Rabu, 7 Disember 2011

Musim rambutan (buah buahan)

      Tengok jee pokok rambutan tu dah rasa kenyang, apa tak nya meloyot buahnya dah masak2. Ada 5 pokok rambutan aku yang berbuah masak. Siapa nak makan banyak2 tu. Anak2 semua duk jauh jauh. Nak bagi orang pun, diaorang pun banyak rambutan. Nak jual tak reti pula rasanya, sebab kita ni bukan jenis orang yang suka berjual. Biarkan sajalah dulu. Harapkan aku nak makan banyak mana, gigi dah tak kuat, bukan macam muda2 dulu boleh makan berbakul bakul, kini nak makan se biji pun terkial kial.
       Durian pun dah mula jatuh, tapi sayang yang jatuh semuanya telah di rasa oleh tupai. Adalah seulas dua yang di tinggalkan-nya, nak buat cam nee, dah rezeki dia. Buah buah lain ada juga, manggis, tu haa dah nak mula masak juga, boleh tahan banyaknya. Nangka pun ada, hari tu masak yang besar hantar ke rumah cucu. Apa apa pun bersyukurlah selalu dengan buah buahan yang di berikan oleh ALLAH untuk makanan makluknya. Mudah mudahan ia akan terus berbuah untuk di masa masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan