Jumaat, 16 Disember 2011

Selamat sampai di kpg Sg Besar.

    Alhamdulilah, selamat sudah sampai ke distinasi. aku benar2 bersyukur terhadap ALLAH swt yang memberi pertolongan dalam perjalaanan ku sehingga selamat sampai menemui ibu ku di kampung. Dapat juga jumpa adik2, ipar duai, anak2 buah dan menyaksikan keindahan sawah padi tempat asal aku di lahir dan di besarkan. Seronok rasanya sekali2 dapat balik berjumpa keluarga begini, makan sama2 memang menyelirakan.
     Mula mula sampai agak terperanjat juga melihat rumah orang tua yang dah tiada (dah di robohkan). Rupanya seminggu lagi katanya nak mendapat rumah baru, bantuan sepenuhnya dari Kerajaan. Singgah pula ke rumah adik bungsu, rumahnya pula sedang di ubah suai, sedang di tampal muzic baru, tak dapat lah nak bermalam di situ. Baik jugalah ada satu lagi rumah adik ku di tapak yang sama, dapatlah berkumpul di situ bersamaa ibu yang tersayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan