Sabtu, 10 Disember 2011

Kenduri kahwin di musim hujan

      Dari awal pagi tadi hujan sudah turun membasahi bumi. Walau pun tak lebat tapi cukup tidak  selesa bagi mereka yang membuat kerja kenduri di hari bagini. Nak buat macamana, dah Takdir Ilahi, terima sajalah, bolih jadi ada rahmat di sebalik pemberianNya ini. Sehingga sekarang dah pukul 10.30am, hujan masih turun, belum ada tanda2 nak berhenti.
      Hari ini ada seorang jiran aku yang membuat kerja kenduri kahwin 2 pasang sekali gus. Dua dua anak perempuan nya. Besar kenduri nya. Harap2 menjelang tengahari nanti redalah hujan ini, dapatlah jemputan datang beramai ramai memeriahkannya. Hujan begini bukanya tak bolih datang, tapi adakalanya manusia ini jadi lupa, lupa atas nikmat yang di berikan nya. mereka bolih jadi malas nak datang, bolih jadi berfikir dua tiga kali, akhirnya tak datang juga. Bagi aku Insyaallah....sampailah menjelang tengahari nanti. Doa ku juga semuga segalanya berjalan lancar dan ramai jemputan yang akan hadir bersama nanti. Insyaallah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan