Ahad, 1 Januari 2012

Selamat Tahun Baru 2012


Simpan segala Data.
     Tahun baru sudah muncul 2012. Selamat tinggal tahun 2011. sudah tentunya pelbagai kenangan manis mau pun pahit telah kita lalui. Tinggal lagi ingat atau tak ingat saja. Bagi aku setiap tahun pasti ada saja Diary yang mencatit segala kenangan2 lalu, bagi mengingat apa jua yang berlaku di sepanjang tahun. Nak ingat kat kepala, boleh jadi lupa. Banyak perkara yang aku simpan sebagai rujukan di dalam komputer atau Laktop. Takut juga komputer rosak, sudah pasti segala maklumat yang aku catit atau buat itu hilang.
     Maka si setiap awal bulan akan aku pindahkan segala data ke dalam Harddisk luaran (USB). Lebih2 lagi awal tahun ini, pastikan semak cukup2 agar semua data di kemaskini dengan sebaiknya. Selain itu berserah dan bertawakal saja lah pada ALLAH supaya semuanya itu disimpan dengan baik. Kita hidup di dunia ni pun bukannya lama sangat, sementara hidup ni saja kita perlukan benda2 itu. Yang kita bawa hanyalah Amal Ibadah kita terhadap ALLAH swt.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan