Khamis, 22 Disember 2011

Cek Tekanan Darah tinggi.

     Rabu, 21 Dec; aku ke klinik depan, memang jadualnya sudah sampai untuk setiap 3 bulan sekali. Pertamanya bertimbang dulu, naik lagi 1 kilo, betambah lagi berat badan. Kemudian cek tekanan darah, naik juga sikit. Dah hati mulai risau. Kata doktor tak apa, ini paras biasa lagi, yang penting makan ubat mengikut dos yang di tetapkan. Kenaikan tekanan darah ini munkin di sebabkan salah aku juga, balik kampung 4 hari, makan tak berpantang langsung, semuanya di balun, berselera saja. Apa tak nya ada lauk ikan Wadi, lauk tradisi orang2 banjar, di tambah dengan makan2 yang berlemak tinggi. Dah tu tak ada apa apa kerja yang di buat, makan, tidur dan mengadap laktop saja. Tak ada apa aktiviti langsung, mana darah tu tak naik. Begitu juga berat badan bertambah naik...makan banyak, kerja kurang. 
      Walaubagaimana pun aku tetap mengharap pada Ilahi, agar senantiasa berkeadaan sihat di sepanjang kehidupan yang sementara ini. Aku juga memohon pada ilahi, tunjukkan lah aku jalan bagaimana memperbaiki keadaan diri ini, turunkan berat badan ke paras biasa, jauhkan dari segala apa jua jenis penyakit. Berikan lah kesihatan di sepanjang kehidupan ku, seboleh2nya aku mau hidup dengan tidak menyusahkan orang lain. Amin......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan