Jumaat, 25 Mei 2011. baru kali
ini Suhaimi ada peluang kerja di tempat sendiri. Selalunya jauh jauh, merata
seluruh Malaysia kalau mengikut Bos di tempat kerjanya. Kali ini dia cuti kerja
dengan Bos, dan buat shoting sendiri sempena kenduri kahwin kawannya. Jadi
segala hasil upahnya dia sendiri sajalah yang dapat. Shoting bermula selepas
waktu Asar, ia itu menikah di rumahnya. Sebelah malam sambung pula acara
berinai dan persalinan pakaian. Besok Sabtu acara kemuncak, kenduri besar dan
persandingan mempelai pengantin. Gitulah kerja Suhaimi, selalu orang cuti kalau
hari Sabtu dan Ahad, ni hari tulah dia banyak kerja. Hari hari lain dia bekerja
di pejabatnya, mengemaskini dan mengedit segala gambar untuk di jadikan album.
Alhamdulillah, kalau dah itu minatnya, teruskanlah kerjaya sebaik baiknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan