Khamis, 17 Mei 2012. jam 3.00ptg
isteri aku sudah ke F’ Best Homestay, menunggu kedatangan Usahawan
belia/beliawanis Felda dari seluruh Malaysia. Setelah mereka sampai, mereka di
beri sedikit taklimat dan pengagihan keluarga angkat. Kali ini dapat 4 lelaki
pula. Isteri aku telefon aku di rumah suruh datang untuk menjemput mereka
nanti. Aku pun pergilah, sempat juga minum petang yang di sediakan oleh pehak
pengurusan F’ Best Homestay. Oleh kerana masing masing membawa beg yang besar
besar, aku pun bawakan lah dahulu beg beg mereka untuk di bawa balik ke rumah.
Kemudian sekali lagi menjemput dan membawa 4 homestay itu ke padang Petanqe di
SH 07. dah antar baliklah dulu. Pukul 6.00ptg aku jemput semula di padang
petanqe untuk di bawa ke rumah.
Jam 8.45 malam sekali lagi bawa
mereka ke pejabat F’Best Homestay untuk taklimat dan jamuan makan malam bersama
keluarga angkat. Cutilah aku ke surau malam ni. Makan di F’Best Homestay lah
jawapnya. Selesai makan sempat juga mereka berhibur berkaraoke. Majlis berakhir
jam 11.30 mlm.
Jumaat, 18 Mei 2012, se awal jam 8.00pagi dah hantar mereka semua untuk
balik. Aku suruh lah 2 orang naik moto saja, manakala 2 lagi naik kereta
bersama beg beg. Aku tunggulah sehingga selesai. Jam 9.00pg lawatan ke kandang
rusa, seterusnya lawatan ke PDK SHK. Ada jamuan rengan di situ. Dan mereka mula
bergerak meninggalkan SHK pada jam 10.00 pagi. Alhamdulillah... selesai sudah
program, segalanya berjalan lancar dan baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan