Rabu, 23 Mei 2012. Jam 7.00pg
aku dan isteri sudah mula bergerak dari rumah ke hospital kuala pilah. Sebaik
sampai isteri aku terus masuk ke tempat yang di janjikan. Apa lagi aku terpaksa
tunggu sajalah kat luar. Beli surat khabar, kejap duduk sana, kejap duduk sini,
tak tau apa khabar berita isteri aku kat dalam tu. Bila tekak rasa haus dan
lapar aku ke kantin, makanlah kueh tiau dan minum teh panas. Alhamdulillah.
Tunggu dan terus tunggu sahaja. Akhirnya aku berihat kat rumah rehat yang di
sediakan. Duduklah kat kerusi situ, agak nya terlelap aku seketika. Tetiba HP
berbunyi, jam sudah hampir pukul 1, isteri ku menalifon dia sudah keluar.
Alhamdulillah, ok sajalah nampaknya. Aku tengok tangannya sudah berbalut kemas,
selepas selamat membuat pembedahan kecil bagi membetulkan uratnya yang
terseliuh. Alhamdulilah, selamat sudah. Dan terus saja balik dan singgah makan
di Bahau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan