Sabtu, 26 Mei 2012

Kenduri kat rumah ketua Blok.



    Sabtu, 26 Mei 2012. hari ni kenalah sibuk sikit, kerja pun lebih sikit, sebab buat kenduri kat blok sendiri, lagi pulak ni kenduri kat rumah ketua blok. Kalau kat tempat lain kita Cuma datang jemputan makan sahaja. Bukannya kenduri kahwin, tapi Cuma kenduri potong jambul. Marhaban, berendoi serta tahlil. Itu pun bukan anak dia, tapi kendurikan anak buahnya yang menumpang buat kenduri kat rumah ketua blok itu. Dengar ceritanya pasangan itu dah lama kahwin, dah lebih 8 tahun, baru ni mendapat cahaya mata, itu yang seronok sangat. Dan membuat kenduri besar sempena kesyukuran nya mendapat cahaya mata itu. Macam kenduri kahwin gamaknya. Sembelih 4 ekor kambing. Daging lembu serta ayam lagi. Satu kampung lebih di jemput. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Majlis berakhir kira kira jam 2.00 petang. Setelah jemputan habis datang, kitaorang pun balik lah dulu untuk berehat. Insyaallah, lepas asar nanti datang lagi untuk tolong berkemas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan