Selasa, 8 Mei 2012

Durian Runtuh.



    Selasa, 08 Mei 2011, jam 2.30pagi lagi sudah berkumpul di masjid SHK untuk menaiki bas ke Felda Jengka 8. untuk mendengar pengumuman durian runtuh yang akan di sampaikan oleh PM kita Dato’ Seri Najib Razak. Perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam baru sampai. Jam 6.00pg sempat singgah di masjid Jengka untuk menunaikan solat subuh. Dan memasuki dewan khemah pada jam 7.45 pagi.
Tambah kapsyen

    Para peneroka penerokawati mula datang beramai ramai dari seluruh negara. Di anggarkan 50,000 yang hadir. Yang menggunakan bas sahaja terdapat lebih 530 buah bas. Tepat jam 10 pagi PM datang di sambut dengan paluan kompang & arakan bunga manggar. Lebih kurang jam 11.15 pagi pengumuman durian runtuh oleh PM di lapazkan. Sebanyak RM 1.68 bilion durian akan di agihkan. Setiap peneroka mendapat RM5,000, isteri peneroka RM5,000 dan anak peneroka juga RM5,000. ini menjadikan jumlahnya RM15,000 setiap keluarga peneroka. Tidak ketinggalan juga kakitangan Felda mendapat 2 ½ bulan gaji bonos tambahan. Tepukan yang amat gemuruh bergema dengan pengumuman durian runtuh itu. Di akhir majlis acara simbolik menurunkan begitu banyak belon yang di gantung di bumbung khemah. Berebut rebut mendapatkannya.
    Jam 12.00tg para hadirin mula melangkah keluar menuju ke jalan raya untuk mendapatkan bas masing masing. Tersangat lah sesaknya jalan dengan manusia. Sampat juga di agihkan makanan untuk makan tengahari. Yang tersangat letihnya, menunggu bas lah entah dimana tidak kelihatan. Terlalu banyak bas beratur di tepi jalan, rasa rasanya lebih 5 kilometer panjangnya bas beratur. Sesudah jam 3.15 ptg baru bas menjelma, dah tu ada pula 2 rakan yang masih hilang, tunggu dan carilah. Hinggal jam 3.45 ptg baru bas dapat bergerak arah balik. Singgah rehat di Temerloh sekejap untuk makan atau minum. Dan meneruskan perjalanan, jam 7.30 ptg baru sampai ke rumah. Alhamdulillah... selamat segalanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan