Ahad, 20 Mei 2012

Pergi jemputan kenduri, HP isteri tercicir.



    Ahad, 20 Mei 2012. jam 12.30 tengahari aku dan isteri pergi ke jemputan kenduri kahwin di SH 06. pergi naik motosikal sahaja, kerana lebih mudah, sebab selalunya kenderaan lain banyak dan jalan menjadi sempit. Sebaik sampai di tempat kenduri isteri aku baru sedar HP nya tiada dalam kocek. Mulanya dia risau hingga makan pun tak begitu selera. Memang dia yakin dia bawa HP tu tadi, masukkan dalam kocek, tak perasan bila pula HP tu jatuh.
     Selesai saja makan, beransurlah balik, tak dapat nak tunggu lama, sebab terlalu risau. Tengok tengok juga sepanjang jalan balik, namun tak jumpa juga. Sampai ke rumah tengok kat atas almari set TV, tempat terakhir meletak HP tadi pun tak ada. Aku pun cuba mendail no HP isteri aku, kedengaran HP tu berbunyi jauh kat jalan. Isteri aku segera menghampiri jalan, cuba dail lagi. Alhamdulillah...... jumpa sudah. Munkin ia terjatuh sewaktu naik membonceng motosikal tadi. Baik juga tak de sesiapa yang terjumpa, walaupun dah hampir 1 jam ianya jatuh di situ. Sebab nya munkin orang tak perasan, jatuhnya di padang rumput di tepi jalan, terlindung pula oleh pasu bunga tayar. Alhamdulillah, rezeki masih ada, bersyukur sangat sangat pada ALLAH swt.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan