Isnin, 28 Mei 2012. pagi ini
masih lagi cuti jogging, jadi aku mulalah buat kerja memasang batu konkrit
hadang di tepi tembok pagar depan. Maka kerasnya lah tanah yang banyak berbatu,
sampai pecah pecah kulit jari aku. Pagi ni baru dapat pasang 4 keping, cuaca
pulak dah makin panas. Badan makin letih, apa lagi rehat sajalah dulu.
Jam 5.00 petang aku nak sambung
kerja memasangnya. Ada pulak kawan SH 01 datang untuk membayar habis kos
wayering rumahnya yang sudah beberapa
tahun yang lalu. Sampaikan aku dah tak harap ia datang membayarnya. Tapi
alhamdulillah, rezeki tu masih ada, maka selesailah segala hutangnya. Kemudian
datang pula jiran (ketua blok) yang meminjam barang blok tempohari untuk
memulangkannya. Dah terbengkalai pula kerja aku. Terpaksalah aku menolong
menyusun barang barang blok tersebut. Tak apa lah, aku tak kisah semua tu.
Esok2 kalau senang senang baru sambung kerja pasang batu konkrit tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan